19 March 2009

Tangki Riak



Dari segi kekerapan mengemaskini entri, blog boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Blog yang dikemaskini setiap hari dan kadang-kadang sampai beberapa kali sehari sehinggakan pembaca tidak sempat membacanya. Tulis komen pun sekadar ayat-ayat umum seperti "wah, best-nya", "suke ..suke" dll.

2. Blog yang dikemaskini sekali-sekala secara agak konsisten. Mungkin 2 kali seminggu atau 5-6 kali sebulan.

3. Blog yang jarang-jarang dikemaskini. Penulis-penulis blog ini biasanya akan 'post' entri baru dalam bulan Januari dan seterusnya membiarkan blog mereka sehinggalah bulan Jun pun belum tentu lagi akan dikemaskini. Malah mereka juga kadang-kadang tidak membalas pun komen-komen dari pembaca walau dengan sekadar ":P" atau "huhu".

Saya rasakan blog saya berada dalam kategori 2. Tapi baru-baru ini saya sengaja membiarkan ianya seolah-olah masuk ke kategori ke-3.

Sebabnya?

Teringin juga untuk menampakkan diri sibuk yang amat (mengalahkan Perdana Menteri) dengan tidak mengemaskini blog dan juga tidak langsung membalas komen dari orang yang datang ke sini.

Saya nak 'hebahkan kepada dunia' bahawa saya adalah insan yang sibuk. Saya nak ramai orang jenguk blog ni akan kecewa sebab tak ada entri terkini. Saya nak ramai (gila) orang tertanya-tanya bila nak 'update'. Sebab itulah tiada sebarang entri dalam tempoh melebihi 10 hari. Saya juga 'tidak sempat' untuk membalas komen kononnya sebab sibuk sangat.

Tapi realitinya - sesibuk mana sekalipun semasa belajar di luar negara, percayalah, ada banyak masa untuk buka blog, facebook, YM dsb. Apa lagi yang boleh dibuat apabila masa lapang? Orang yang dah berkahwin dan dah ada anak (yang tentunya lebih sibuk) pun sempat 'update' blog. Inikan pula orang bujang. Memang sempat sebenarnya untuk tulis komen selagi berada di sekitar kampus (nak 'post' entri baru mungkin tak sempat kalau sibuk sangat). Antara masa yang betul-betul sibuk dan tidak sempat untuk jenguk blog adalah semasa 'travel' (cth: dari UK ke Paris), 'sampling cruise', balik cuti di Malaysia, atau semasa tidak berada di kampus untuk kerja luar.

Namun ternyata telahan saya silap. Ya, memang ada yang tanya. Seramai 9 orang semuanya (melalui YM, Skype, email dan juga secara Live n Unplugged). Tapi sebenarnya saya menjangkakan lagi ramai yang akan bertanya. Saya sangat optimis lebih dari 1000 orang yang akan tanya, sebab saya dah mula perasan blog ni sangat popular seperti blog Che Det. Saya dah mula nak riak. Saya perasan (koya best) ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan entri baru blog ini.

Mujurlah kejadian ini berjaya mengelakkan saya dibuai dalam perasaan riak yang membuak-buak. Kini saya berpijak di bumi nyata.

Penafian: Entri ini tidak merujuk kepada mana-mana blog yang ada dalam "Blog Kroni & Rakan" di sebelah. Ianya telah dikarang dengan sehabis daya penulis untuk menceritakan perasaan, pengamatan dan telahan penulis dalam tempoh 10 hari lepas. Kalau ada yang merasakan demikian, mungkin anda cuba memanipulasikan ayat-ayat entri ini untuk mewujudkan ketidakselesaan kepada diri sendiri atau individu lain.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Tangki Riak digunakan dalam eksperimen untuk memerhatikan pergerakan Gelombang Satah dan Gelombang Membulat (Fizik SPM Tingkatan 4)

25 comments:

Hanis MY said...

rauhunt..wah gila glamer jugak u ni ehehe..gura yah..post u seme besh2 takdop pom hak tak besh..penilaian SKT dari i..cemerlang hehe... :P

rauhunt said...

hanis,
hampir gila glamer tp mujur smpat sedar diri.

btw, jgn cuba utk mewujudkan sifat riak dlm diri penulis blog ni ..biarkan sahaja tangki riak dgn sifat riak nya

Anonymous said...

Kesiotan..

Confirm.. aku takkan ade blog selame-lamenye...

rauhunt said...

Kuzak,
Alaa ..buat la blog jgk. Tak semestinya duk luar negara bleh ada blog

eilawaniey said...

wah, penyataan2 itu memang sangat riak dan membangga diri..tp sib baik sempat sedar kan...gud2

saya taule kamu memang sibuk kan..ym kamu byk kali pon tak bls..skrg, saya sudah lupe apa soalan yg saya mahu tanya kamu..abaikan sajalah..dah tak penting

MsN said...

tak tahu nak comment apa kali nie..lalalala:)

Siti Suriana Yusoff said...

ooo, kiranya bercuti dari 'berblog' untuk buat kajian!

rauhunt said...

Eila: Sy ada terima offline msg dr kamu tempoh hari dan telah membalas msg tersebut berserta dgn persoalan baru ..tp kamu tidak membalasnya. Sy anggap kamu saban hari berada dlm lab shj sehingga langsung tidak smpat melakukan aktiviti mmbazir masa spt YM

Natrah: Apa maksud lalalala dlm bhsa Dutch? Sama ke ngan lala lalalal?

KakNa: Ya, kajian tmpatan. Tp tidak bercuti pn ..bercuti lain kali

Anonymous said...

ooo.. sedak mu...
(tu je komen buat masa ni)

Siti Suriana Yusoff said...

entri rauhan kali ni sedikit sebanyak ade mempengaruhi kakna lah.

rauhunt said...

Jep,
Sape yg sebut nama kau smpai tersedak tu? Cyhthia ke?

KakNa,
Jgn mudah terpengaruh ngan anasir luar walau d mana berada. Kuatkan jati diri.

JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN!

sabiqahT.Anuar said...

hahaa, tu laaa hanis, klu baco post rauhan gak, msti sukko sengih sb lucu..huuu meme laaa blog ni lei meriakkan tuan dio tu, weelll blog paling glamer kat UMT, nasib baik igt balik pelajaran fizik tangki riak- kena berterima kasih ko cikgu fizik dlu tu....

rauhunt said...

Sa,
Cikgu Fizik masa d smach dulu mesti la ingat sokmo. Putih dan kiut. Tp x student x brani sgt nk over ngn dio sbb dio pakai tudung labuh.

Kamil L said...

huhu...ayat... :p

rauhunt said...

Kamil,
huhu ...;p

Anonymous said...

Rauhunt
Aku Tak Faham Analogi Yang Kau Gunakan?

Boleh Tak Aku Gunakan Contoh:-

a)Kategori 1 = Blog Kamil, Vision On Earth
b)Kategori 2 = Blog Kau
c)Kategori 3 = Blog Zafri, sayakini.blogspot.com,

Adakah Ini Yang Kau Maksudkan?

(Sekadar Contoh)

rauhunt said...

Kuzak,

Kau guna manifestasi kau utk cuba memanipulasikan analogi tersebut bg mewujudkan rasa kurang selesa terhadap pihak lain?

Manifestasi kau tak bleh guna sebab:

1. Aku dah nyatakan dlm "penafian" ianya tiada kaitan ngan blog2 dlm seksyen "Blog Kroni dan Rakan". Blog2 tu merujuk kpd blog2 kawan2 omputeh aku yg ada dlm Bookmarks Firefox dan GoogleChrome aku. Tapi, kalau ada pun (aku ulangi kalau), tak blh juga sbb:

1.1 Pasal blog Kamil ..aku rasa dia pun tak update setiap hari la. Dan, pembacanya komen pjg2 ..bukan sekadar "huhu" atau ":p".

1.2 Pasal blog Jep ..pun tak jgk sbb tak memenuhi syarat "entri pertama bln Januari ..entri ke-2 bln Jun"

kalau nk kaitkan blog aku suka-suki kau la ..AIMAN TAK KESAH

Anonymous said...

rauhunt,

mcm perasan GLAM (GLAM kalo di ukm:gerai larut malam) la kan...actually yg visit blog mu..sure "tertekan".."terclick mouse"...hehehehe..;)

btw,aku mmg tkde talent nak creat blog ke, fpages ke..apetah lg bukumuka(FB)..malas nak mikir..

tp idea2 mu mmg boleh release tensen gak la..sumtime aku "suka" (ketawa versi org kelantan) sampai sakit2 perut2!!!

entri yg paling panas la..aku rs yg mu dye rambut tu..mmg kecoh beb!!!need more explanation!!!"tipah tertipu...!!!

Kamil L said...

Kuzak kalo kat lab 24 jam pun keja tak siap, apa guna kan... baik ilek2 sambil mengupdate blog :p

Setiap kita diberi kan 24 jam setiap hari, kalo study/keja je, bleh mati awal... :p

rauhunt said...

Huda,
Ketawa versi Kelanan 'suko', bukan 'suka'. 'Suka' tu pnggilan ringkas kepada 'Sasuka' ..hero drama ninja jepun akhir 80-an dan awl 90-an. Kau ingat ke ..ala yg main baling2 bintang tajam. Pastu dlm kump dia ada ninja perempuan nama Yen yg boleh guna hikmat rambut pjg.

Kamil,
Err ..aaaa ..oh kau ckp ngan kuzak ..aku taknak nyampuk

Anonymous said...

kuxa',
pehal blog aku jd contoh wei? aku update la.. tp x sepantas kamil la :))

rauhan,
Februari.. gone, March.. almost gone. ok. ada 2 bln lbh lg utk update

mil,
bukanke jodoh, ajal n maut ditangan tuhan? (wah... tazkirah sket). kejalah sekuat mana selagi terdaya. kejayaan xkan dtg bergolek tanpa usaha yg gigih =)) =))

rauhunt said...

Jep,
rileks la ..Jun lambat lagi

Kamil L said...

wah..insaf dengar tazkirah dari jep :D

Kamil L said...

Dengar ayat dari jep nie aku risau nie, aku nie malas giler skrg..huhu... :((

(bukan macam ayat aku kat upmt dulu k, nie betul2 nie :p)

IzanJay said...

Rauhun, oleh kerana kepergianku ke UK ditangguhkan, bukan lagi akhir Mac di UK..tetapi tengah April di UK..rasa mu kena edit la bahagian 'blog kroni dan rakan' tu...har3