05 March 2009

Jom kongsi resipi

Kalau terasa lapar, dan nak cepat, boleh la cuba resipi ni. Senang dan ringkas.

Daging Masak Lemak Cili Api




Bahan-bahan
  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Daging salai dihiris nipis.
  2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab (hihi salah eja). Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  4. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab (hihi salah eja). Tutup api.

Selamat mencuba!

Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):
Selain Masak Lemak Cili Api, resipi tipikal dalam drama Melayu adalah Masak Asam Pedas. Tak boleh ke penulis skrip tulis masakan lain (e.g. Sup Perut Bulat, Kari Gear Box atau pun Gulai Limpa)?

Penafian 1: Resipi di atas bukan direka oleh penulis. Ia diceduk dari sini. Penulis sendiri pun belum mencuba lagi. Dan rasanya tak akan cuba untuk masak sendiri resipi ni. Senang apa nya..santan la, mangga muda la. Susah la nak cari di St Andrews benda-benda tu.

Penafian 2: Blog ni bukan blog resipi masakan
. Jika ada yang menganggapnya sebegitu, ia hanyalah secara kebetulan sahaja.

12 comments:

Fazira Albaijure said...

uis, terlior teman.. huhu..

Tepi Sungai Batu said...

Pok Mae ingatkan Rauhan dah cuba.....nak tanya juga, sedap ko?.
Lama Pok Mae tak tinggal jejak di sini.

IzanJay said...

Daging salai masak black pepper ada?? Tambahan : Masak lemak cili api sangat enak dimasak ketam..dan originnya dari Negeri Sembilan!

Anonymous said...

hhmm..
bagus...mu telah mberi aku idea utk masak weekend ni..aku ade daging..so ble la msk lemak daging salai ni...guna santan kotak cap ayam pun sodap!!!

rauhunt said...

Sara,
Teman pn terlior tp hanya mampu melihat tak mampu masak

Pok Mae,
Kalau maggi kari letak telur buleh la tanya saya sedap ke tak

Izan,
Trima kasih utk nota tmbahan. Masak black paper? Ada. Yang dlm perencah ada jual. brand Adabi ke Ibrahim tak ingat

HHuda
Idea utk masak ke idea utk beli d pasar malam Pak Tuyu?

pawana said...

wei wei wei...
huda memang masak sendiri tau!
xder nyer dia nak beli kat pasar malam huhuhuhu...
beruntung cikgu rizal tau ( n aku tompang sekaki )
semalam dia masak makaroni goreng sedappppp!!!!!
yum yum yum!!!

sabiqahT.Anuar said...

hahah rauhunt, sedap tuu, mmg terbukti tp kat edmonton ni pon takdop buoh pauh tu, so dop buh aa pauh tu, n santan tu pakai santan debu jaa-payoh nk cari buoh nyo hidup sini, haha tp licin jugop aa puyok tu pastu, hahahha...try try

Anonymous said...

sblm dtg sini, resepi terhebat yg aku bleh buat cuma nasik goreng slps telur goreng.

lemak kuning cili api ni aku dah try buat kat sini. malas nk lenyek tamarind.. aku guna cuka. xde mangga.. guna nenas dlm tin. hahah. sbb x dapek nk travel 2-3 jam utk dptkan daging/ayam halal, so aku guna udang. sodap (utk tekak sendiri)! :D

org kata xde rotan.. akar pun berguna. slmt bereksperimen wei!

MsN said...

Ingatkan ko dah cuba dah..baru nak suruh masak kalo kteowang datang..haha

rauhunt said...

Pawana:
ssungguh gila mu backup huda ..hah terbukti mmg mu bodyguard dia!

Sa & Jep:
Trima kasih atas penerangan tambahan ttg bhn alternatif masakan tersebut. Aku sndiri pun tak tahu bhn asalnya ..main 'copy' n 'paste' je

p/s: tiada niat tersembunyi nama kalian diletakkan bersama dlm reply ni

Natrah: Dah tahu kan ..aku tak reti masak. Jd kau la yg kena masak kalau dtg sini ..haha

Anonymous said...

Nantikan Kemunculan Blog Aku - "Copy & Paste".

Berbeza Dengan "Menilai dari Sudut Lokus Dua Matra" & "Vision Of Earth"

rauhunt said...

Kuzak,
Fungsi 'copy & paste' penting dlm memastikan setiap tugasan dpt disiapkan dgn cepat