01 March 2009

Anak Kecil Main Api!

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Setiap kali mendengar lagu ini, saya rasa sedih bercampur geram (sebab dalam video YouTube, suara kumpulan yang menyanyinya agak sumbang ..'pitching' ke laut dan tak harmoni langsung).

Menyedari peri bahayanya 'main api', lebih-lebih lagi jika anak kecil yang main api. Izaiddin (dia tak ada blog untuk di'link'-kan), telah membeli Nintendo Wii untuk anaknya Izzat (juga tak ada blog). Kata Izaiddin dan Dayang (suaminya takde blog, dia pun takde jugak), lebih baik main Wii, daripada main api, tak membahayakan anak-anak kecil dan rakan sebaya.


Aksi Izzat dan rakan-rakan sebaya di atas adalah semasa jamuan perpisahan Datin Dr Rashidah (seorang lagi yang tak ada blog) yang akan berangkat pulang ke Malaysia setelah cuti sabatikal di Ninewells Hospital, Dundee. Juga sempena majlis ulang tahun kelahiran Datin, Izzat, Lukman (blog?? ..takde) dan beberapa orang lagi yang
saya mengesyaki secara tiba-tiba tarikh lahir mereka bertukar menjadi bulan Februari :D


Majlis pada hari Sabtu (22 Feb 09) itu juga mencatat sejarah sebagai "Perkumpulan Melayu Paling Ramai Dalam Satu-satu Masa Di St Andrews". Secara total 37 orang.

Saya percaya jiran-jiran Scottish boleh merasai bait-bait lirik lagu Anak Kecil Main Api di atas. Sebabnya secara tiba-tiba tengok ramai sangat 'orang luar' di negara mereka.


10 kok meng dah:

Azam 01 March, 2009 03:08  

"Aksi Izzat dan rakan-rakan sebaya di atas adalah semasa jamuan perpisahan..."

wahh, meme cukup jelas dan nyata ke'sebayaan' mereka di dalam gambar itu, anak2 belum cukup umur yang suci tanpa DOSA...

antiperkauman 01 March, 2009 09:15  

Mengapa lagu itu wujud di Malaysia? Lagu BTN...

rauhunt 01 March, 2009 10:17  

Azam,

rakan-rakan Izat juga suci drpd hadas

rauhunt 01 March, 2009 10:19  

anti,

aku baru nak tanya kau, kau pulak tanya aku

sabiqahAnuar 01 March, 2009 20:28  

igtkan topic BTN td...Wii rupanya..
teringat kena nyanyi lagu ni masa BTN mahasiswa kat bukit kluag dolu2...

rauhunt 02 March, 2009 00:20  

Sa nyanyi lagu tu versi apa? Pop, Balada atau Etnik Kreatif?

Kamil L 02 March, 2009 13:42  

haha..ada versi gak rupanya lagu tue..hehe...

rauhunt 03 March, 2009 01:06  

Kamil,
lagu puteri santubung yg kau minat sgt pn ada byk versi

Jep 05 March, 2009 00:47  

ko ni ada2 je la. wei, suh yg xde blog tu buat blog gak :))

aku x ingat lak kene nyanyi lagu "anak kecil main api" ni masa btn dulu. anyway, sorry la aku ignorant sket... xtau gak ape sbnrnye intipati lagu tu (malas nk google or utube) :D

mil, ada satu sarawaknye folk's song. best lagu tu tp xtau tajuk :D

rauhunt 05 March, 2009 00:51  

Jep, mula2 aku nk jgk suruh, tp diorang dah nk balik Malaysia bln 9 ni. Tak jd aku nk suruh takut akn wujud 'blog sementara'

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP