14 August 2009

Menyelami Pemikiran Tun Dr Mahathir


Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad diakui ramai sebagai seorang pemikir yang hebat. Kata-kata beliau sentiasa menjadi rujukan, dan selalu dibincangkan, sama ada di parlimen atau di kedai kopi atau juga di pejabat (tapi jarang di pejabat yang majoritinya perempuan, kerana di situ agenda jualan kuih raya, tudung bawal atau Nur Kasih atau Aqsa dan Madina lebih menarik perhatian).

Ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut Tun sentiasa bernas (bukan Beras Nasional la) dan memberi pengertian yang mendalam.

Secara peribadinya bagi saya, kata-kata hikmat dari Tun M yang masih segar sehingga kini (selain 'Apa Nama') adalah sajak yang beliau deklamasikan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, yang bertajuk Melayu Mudah Lupa. Ayat-ayatnya tidak lah puitis, tapi memberi maksud yang cukup jelas untuk kesedaran orang Melayu.

Apa yang berlaku ke atas diri saya semalam, membuatkan saya teringat kembali akan puisi Tun M ini.

Saya pulang ke rumah, dari makmal pada jam 11.30 malam (
waktu sengaja dilewatkan untuk menunjukkan saya ni balik rumah lewat ..maklum la, orang rajin). Bila buka pintu rumah, saya ternampak beberapa keping tiket TOTO (toto yang judi tu, bukan Toto Narita) atas meja di dapur. Memang sah, rakan serumah saya yang beli benda ni. Saya rasa sedih dan bercampur geram. Ya lah, kalau nak buat benda tak baik pun, jangan la tunjuk sangat. Tak fikir dosa ke dia ni. Saya dah fikir macam nak menjauhkan diri daripada dia dan nak 'sound direct' je. Panas hati menengoknya. Tapi..

Beberapa minit kemudian, saya dengar bunyi orang buka pintu. Saya nampak Fergus masuk.

Hmm memang betul la apa yang Tun Mahathir kata, Melayu Mudah Lupa. Saya lupa yang si Fergus ni bukan Muslim. Apa dia tahu/kisah pasal dosa dan pahala. Kan?

7 comments:

azam said...

sejuk perut ibu mengandung, bile dgr seakan insaf,

skali wat lawak ghupenye! hmmh

Kuzak said...

Lawak.... Memang lawak..... tapi semua agama mengharamkan judi.....

Nor Diana Azmi said...

Masa baca n3 ni, rasa 1. Eh, ada gambar tun la.. Sure citer baik punyer... 2) waa..baik la rauhan ni, duk oversea pun ingat ajaran agama. 3) laa.. Lawak betul, orang puteh rupenye.. Kena tarbiahkan dia ni, biar masuk islam...

sot said...

TDM memang a genius yg way ahead in his thinking and ideas, no doubt about that. Seorang PM yg kita rasa proud to have. Seperti manusia luarbiasa yg lain TDM pun ada jugak kelemahannya. Its OK.

Anyway one thing I salute TDM ialah membuka seluas-luasnya ruang untuk pelajar lepasan SPM di era 1980-1990an dihantar belajar ke luarnegara dengan biasiswa kerajaan. Dan aku adalah antara yg terpilih itu.

I would like to thanks TDM and his education policy at the time to prepare professional human capital to support the nation building moving into advance era. I salute you for the vision.

RM120k spent on my education without me paying a single cent is marvelous (but I manage to serve my sponsor MARA for 5 yrs to be exempted) and those experience during my young age in my four and half years at The States simply the best.

Note: agree with NorDiana, start dakwah yr org puteh friend little by little. Trigger him to think. Dakwah is a long process & you can start the first step in that process flow. Hopefully at the end hidayah Allah will make him a muslim. Peharps years from now.

rauhunt said...

Azam,
Bukan seakan insaf ..mmg menginsafkan sbb dekat Ramadhan

Kuzak,
Aku pun tak tahu dia ada agama ke tak sbb sini ramai jgk yg atheist

Nor,
Sedang tarbiah melalui pemakanan dulu

Sot,
RM120K..wow thats alot of money. But now i believe the gomen spent bigger amount on our batch ..80-an vs 2000an jauh beza tu ..anyway hope it'll well worth it too

Nor and Sot, thanks for popping by

rose said...

fuyoo...mad engriss demo terror laa...ambo horror lagi.wakkakakak

rauhunt said...

Mekros,
Kalu horror buleh la blakon crito hantu Niang Rapik atau Keliwon