02 June 2008

Kirim barang (dari Malaysia ke UK) ..kaedah paling mudah

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Nak tahu kaedah paling mudah (dan paling murah) yang boleh digunakan untuk mengirim barang dari negara berlainan. Kaedah ni baru akan saya gunakan untuk mengirim barang yang saya nak. Lupakan pasal mel udara, courier atau pun shipping. Semua tu mahal dan lambat.

Caranya senang sahaja. Suruh la kawan anda yang membawanya. Dalam kaedah yang akan saya gunakan ini, Rebeh (bukan nama sebenar) ..atau nama sebenar Dr Khairul (rebeh, aku siap promote lagi title Dr mung!!) akan menjadi orang paling penting. Untuk makluman, beliau bukan lah kakitangan Pos Malaysia (bukan juga Minipos dekat UMT) atau Nationwide atau DHL. Tapi beliau akan datang ke UK untuk konvo.

Kepada Rebeh..

Ni senarai barang2 yg aku nok kirim

1. Berus gigi Jordan (5 batang)


Beli la warna apa2 pun, tapi pastikan yang dwi-warna. Ada juga model ni yang satu warna, lain skit. Lagi satu, pastikan yang berusnya rata.



2. Casing kulit Nokia N95 8GB (Kalau bleh yg letak d tali pinggang)

Mahal woo kalau beli casing kat sini. Tak sanggup aku nak beli casing dengan harga 10 pound. Mu beli la casing yang warna gelap2 dan plain, jangan pulok yg ada gambar Hello Kitty.



3. Keropok Keping (Cap Kamarulzaman) - 2kg

Mu tak payah beli, nanti aku suruh Kamarul @ Pa bagi ke mung. Tidok pun mu gi la ke Rumah Persatuan (ni peluang mu nok gi) utk ambik keropok tu. Aku doh muak tahap gaban doh hari2 makan kerepek kentang!!


4. Perencah Paket (Nasi Goreng, Ayam Masak Merah, Sup Bunjut etc etc)

Mu beli lah sebanyok hok mu rasa buleh tahan setahun. Tp aku mungkin guna rempah ni sekali-dua je seminggu. Masa2 lain biasa aku guna resipi sendiri. Lagi sedap. Cuma pastikan mu beli hok tarikh luput paling lewat (e.g Exp : 20.02.2020).


5. Maggi (Kari shj!!) 2 bungkus besar
Sekali lagi diingatkat ...Kari sahaja ..dan cap Maggi shj. Aku tak nak main cuba2 perisa atau cap lain (e.g mamee slurp, mee sedap etc ect), rugiii. Maggi kari amat berharga kat sini.


Tiada dalam gambar:

1. Minyak panas (Afiat dan akar kayu Pak Ali) dan Minyak Gamat sebotal blako.
Mu beli la sebotol bagi setiap minyak yang tersebut itu.

2. CD installer Windows XP, Adobe Photoshop CS3. Payoh wei nok cari installer sini.

p/s: Senarai ni mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa ..sebelum mu berlepas mai sini.


Ahaa. Senang bukan? dan juga murah sebab tiada bayaran pos, caj perkhidmatan ataupun caj tersembunyi. Anda pun boleh mencuba ...


15 comments:

oon said...

oooo bagusnya!! kalau camtu nak jugaklah kirim barang dgn Dr Rebeh Courier Service hehehe

Ambo la said...

Gilo Mung...Wah komplekknyo barang2 penuh detail...hmm guano gamok nih?Demanding gilo!!

Everything seems OK tapi several things that I have to get further details from you mate:

i. Mano nok cari keropok tu???Tak paham?

ii.Mano nok cari minyok panas tu?spesifik gilo...??Tolongg...

iii. Mung tau aku buta IT kan?where to find those CDs??Bacanya pung aku tak reti ni kan nok cari??

Pesanan penaja..wang semakin bergaya sekarang...."Kata Huda"

norashady said...

Sorry Tok..Tak jawab panggiley mu semaley..Di Saboh ni rakyatnya tido awal, maghrib masuk jam 6.20 ptg, Isya' 7.40 mlm..kul 9.00 memey aku dah lena dalam dakapan kasih mesra ***** aku..Silap la mu call aku time tu.. :-(

rauhunt said...

Oon: Dr rebeh buat khidmat kat semenanjung shj. kalau kau nak mintak la khidmat Dr (soon to be) Jep (aku dengar citer dia nk g Cornell)

rauhunt said...

Rebeh: Keropok tu mu tok payoh beli. Nanti aku suruh Pa bg ke mung. Mung jong bawok jah. Minyok panas tu mano2 ado ..Kalu minyok Akar Kayu Pak Ali d hampir setiap kedai makan ado ..d kaunter. CD installer tu kalu tokleh takpo ah ..nanti aku pikir guano caro

rauhunt said...

Pusit,

Sorry la ganggu maso penting mung ngan bini mung. Aku pulok sini kalu nok tepon biaso petang2 ..tok perasan pulok malam doh d sabah bah

oon said...

Keji sungguh perkhidmatan courier itu. bersifat kenegerian!! hehe xdelah saje jek, neway tahniah dgn Dr Rebeh. dah konvo dah, kita ni baru nak merangkak kan huhuhu

Ambo laaa said...

Thanks oon...

Siapakah anda sebenarnya??Setahu saya saya tak pernak kenal siapakah anda...! Saya memang kenegerian sikit (lol) But dah 'Evoluted Kelantanese' doh...

P/s Tengah berusaha keras merancang kerja untuk memenuhi semua keperluan Encik Rauhan !!!

Woi aku punya 'tugasan' ko mung siak ko dok lagi !!!Bangak aaa nok atar doh ni...

oon said...

hehehe, aku lah stalker mu! takdela, saja jek mecelah2 cni. mmg tak penah kenal pon. just kenal kwn2 mu, kak long, kamil, jep kat upm bintulu. diorang sll ngumpat pasal mu ahaha

Kamil said...

haha....rebeh...tak sangka hang dah tukar keja..haha.... oon, wah...ada juak kitak kat situk o..o..hehe...

Kamil said...

cd? lupa lak, rebeh kan *&^% IT..haha..rebeh, ingat lagi tak kuzak delete yang hang taip masa bacelor dulu. terus putus sahabat..hahaaha...

rauhunt said...

Kamil,

Ceh ..amik kesempatan ya nk cakap Saratoq ngn Oon. Btw ..aku ingat lagi kes kuzaq delete kerja yg rebeh taip tu ..ahaks ..marah gila rebeh ..padahal buleh je lepas tu tekan CTRL + Z utk undo balik yg di'delete' tu ..lawak gila

Dr K (yang riak seminit) said...

Ooooo Kutuk aku ye korang....

Takpe-takpe...apa-apa pun aku dah DR aku ulang dah DR (riak sikit)korang jugak yang masa depan masih kabur...HARRRRRR...HARRRRRR...HARRRRR...HAARRRR (gaya gelak jahat mcm cerita Tamil) !!!

rauhunt said...

GELI MAT!! HAR HAR HAR HAR

Macrobrachium rosenbergii said...

hehe..tp payah lah kalo masih buta IT lagi..haha... aku rasa kena daftar kat kolej cosmopoint lah....