16 June 2008

RBS ..Hampeh kau

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Dave : Rauhan, saya nak awak bentang (apa2 tajuk kajian) dalam setiap kali mesyuarat kumpulan. Saya pasti yang awak tak akan suka pasal ni ..tapi ini sebagai latihan ..untuk kebaikan awak juga.

..Saya pun kata Ok lah ..dengan buat2 muka bersemangat.

Itu 3 minggu lepas ..

Nah ambik ..hari ni kena bentang. Saya bentang pasal salah satu tajuk masa Master dulu. Oleh sebab projek Master buat kat pulau, jadi saya ambil lah kesempatan ni dengan meletak banyak gambar pulau dan batu karang dalam persembahan saya. Hahah ..sememangnya mereka semua kagum dengan gambar2 tersebut (termasuklah gambar jejaka misteri yang sedang menyelam kuak dada.. kat atas tuuuu). Tapi tak pasti pula sama ada mereka faham ke apa yang saya cakap ..hihi ..lantak lah ..asalkan korang ternganga mulut tengok gambar2 tu aku dah puas hati.

Bukan sekali ...tapi 2 kali saya kena bentang pagi tadi. Oleh kerana Dave lupa datang masa mesyuarat tersebut ..saya kena sekali lagi bentang depan dia. Huhu..peluh masa bentang yang pertama pun belum kering lagi (tapi tak ada bau ..), kena bentang sekali lagi pulak daaaa.

Opss ..sebenarnya nak cerita pasal ke-hampe-han dan ke-asbestos-an RBS (Royal Bank of Scotland). Saya, sampai hari ni tak dapat lagi Kad Debit setelah 6 minggu buka akaun. Yang pertama dulu, diorang hantar ke Malaysia. Woh Nako sungguh!. Macam mana la diorang boleh hantar ke Malaysia ..padahal Kad Kredit saya diorang hantar ke alamat saya di sini. Yang kat Malaysia adik saya dah hantar ..tapi sampai sekarang tak terima lagi. Saya dah buat laporan /komplen. Mereka janji akan hantar kad tu sekali lagi ..(ke alamat UK). Ambil masa 4 ari berkerja. Tapi ..selepas seminggu lebih kad tersebut belum sampai kat tangan saya.

Itulah hampehnya RBS. Dan yang lebih malang, semenjak 2 tiga menjak ni saya tak boleh guna kad kredit lagi. Asyik kena tendang saja. Padahal saya dah bayar semua hutang.

Memang susah. Kad kredit tak boleh guna. kad debit ..lagi la tak boleh sebab belum terima lagi. Jadi nak ambil duit kena beratur di bank.

Namun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Ya, memang ada hikmah.

Masa bincang dengan Dave, Birgit datang utk kumpul duit sempena hari jadi salah seorang daripada kami. Kebetulan Dave ada kat situ, bila saya beritau Birgit yang saya tak ada duit tunai masa tu, Dave terus bayar untuk saya. Haah ..ada hikmahnya kan? Jimat juga saya 5 pound

2 comments:

Fazira Albaijure said...

haha.. sep 5pound. hehehe

rauhunt said...

ya ..5 pound tu buleh tahan 1 minggu kalau masak dan makan kat rumah je sepanjang minggu tu