29 June 2008

Cuti-cuti ke England (Part 1)

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Yahoo!! (dot co dot uk), selepas 2 minggu tanpa cuti hujung minggu, dapat juga saya bercuti minggu lepas, 5 hari ..dari hari Rabu (25 Jun) hingga semalam.
(masih lagi dalam mood gembira selepas Spain menang Euro 2008).

Saya ke Durham (mana tu?? ..hah cari la sendiri guna Google Maps atau Earth) untuk ambil barang kiriman saya (ni tujuan utama ..muahahahah) dan juga beberapa aktiviti sampingan (e.g ke konvo Rebeh) dan aktiviti riadah (e.g ke Newcastle).

Sebenarnya, tiada apa pun yang menarik tentang konvo kat sini. Ianya dibuat mengikut jabatan. Jadi tak ramai yang terlibat untuk setiap sesi. Konvo universiti di Malaysia jauh lagi meriah la.

Majlis konvokesyen Durham University ...gambar dengan Dr tuu


Durham city (city ke??). St Andrews lagi menarik sebenarnya.



Posing biasa (bukan posing maut) ..semasa on da way ke Newcastle.


Saya (dan juga Rebeh) bermalam di rumah Amir Ngah (PhD tahun 1 di Durham ..juga dari UMT). 4 malam juga kat rumah Amir. Terima kasih kepada Amir sekeluarga kerana menyediakan tempat penginapan dengan pakej makan-minum yang lengkap. Semenjak berada di UK, inilah kali pertama saya dapat makan dengan hidangan yg lengkap dan sedap ..rasa macam kat Malaysia pulak.


Kami tak pernah pun rasa lapar semasa kat Durham ni

Depan 'hotel' kediaman



8 comments:

Anonymous said...

rauhnut..

is it "t-shirt induksi" yg Dr. Rebeh pakai??hahahha...dari taman maidam ke durham tu baju merah...

harap mu pauh ati la segala courier dr "kak erin & aku" wif luv tue..bak kata kak erin la...bile masak tue, ingat2 le kamiorg di perantauan nie ye..jauh tue tganu!!!

rauhunt said...

Huda,

Trima kasih banyak2 kpd mu n kak erin pasal rempah ratus tu ..he he siap ada kulit kayu manis lagi ..mmg kna blajar masak la aku pasni.

Anonymous said...

heheh..
aku tak tau nak beli ape..dah kalo rempah ratus,for sure la de kulit kayu manis la kan??ops sorry we called it as cinnamon ok??heheh.not kayu manis...

aku dpt tau dari KABEL BESAR aka kak laili..no more kuota ke OverC sbb ekonomi skrg mcm hampeh skit!!!kabel mmg besar n die pun besar jugak la..maksud aku..ye la isteri org besar..n manager mutiara cafe...heheh

rauhunt said...

Prof Aziz (TNC Akademik) cakap smalam ..ayat dia lebih kurang mcm ni la.

"Pasal kuota ni mmg tak bleh nk expect. Masa saya kat UKM dulu ..mmg la ada time kadang2 tu kuota habis ..tp takde masalah nya ..tugas staff apply je cuti blajar ..kita akan call sana call sini ..pastu boleh la kuota".

Aku rasa maksud dia kita boleh amik kuota univ lain bila kuota UMT dah abis ..tp tu semua urusan org atasan.

Jadi aku nasihatkan kau ..kalau btul2 nak further study oversea ..minta cepat2 ..guna lah apa cara sekalipun (selagi tidak menyalahi kanun undang2 tubuh Kesultanan Melayu Melaka) kalau ada rezki insyaAllah dapat.

p/s: nanti aku update pasal Dato NC, TNC et al datang ke St Andrews ..siap makan aiskrim lagi ..hehe aku jd tourist guide diorang. Gambar aku ada 1 je ..the rest tu ada ngan Kak Azna

Anonymous said...

rohan,

aku baru jumpa blog ni.terhibur cara penyampaian ko. dan buat aku terhimbau zaman aku belajar2 dulu..zaman mat skima..ngehngeh..

ada sesetengah semangat dlm diri aku yg terpendam cam gunung berapi x aktif,nmpknya telah d caj semula bila go thru blog ko ni. so keep it up,bro..

-anonman-

rauhunt said...

Dang Anon,

Terima kasih kerena sudi melawat.

Bagus la kalau semangat kau dah d caj semula ..kalau boleh jadilah seperti arnab duracell yg tahan lebih lama ..

ngehngeh ..rasa macam pernah ku dengar gelak mcm ni ...

Anonymous said...

rohan,

aku kat sek dulu budak cemerlang gemilang terbilang (CGT)dlm akademik.bila masuk ipt..study jd no 13..ats sebab2 yg x dpt didedahkan kpd wartawan.

tp since aku di diagnosis genius..dpt juga aku bertahan dan grad menepati masa ditetapkan tp tidak lagi CGT tetapi dgn unflying colors jua adanya.

stlh bekerja sepenuh masa untuk sedekad..aku rasa nk bljr semula buat masters dan sambung phd. skrg aku dok buat masters separa waktu.

coretan ko kat sini,skit sbnyk mengembalikan nostalgia ingatan silam dan melampau masa aku jd student CGT.

kalo ada apa2 tips camna nak grad masters dgn distinction,aku alu2kan..jgn kemut dgn aku. dan ko pon stadi elok2 PhD..jgn pulak aku yg grad PhD awal dr ko...kohkoh..


-anonman-

rauhunt said...

Dang Anon,

Bagus lah kalau ada cita2. Kau nak tips kena la tanya org yg dah ada phd. Aku sendiri pun masih pening2 lagi.