13 June 2008

Ubah Gaya Hidup

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Memandangkan kenaikan harga minyak dan juga menyahut seruan kerajaan, saya mengubah cara hidup saya. Kalu dulu makan ayam tiap-tiap hari. Sekarang ni makan 2-3 kali je seminggu.




Kalau dulu ke mana-mana naik kereta motor HONDA, sekarang saya hanya jalan kaki. Kalau jauh sangat (contoh: > 3km) barulah naik bas.

Jalan tar ..jalan berpasir ..saya tetap jalan kaki


...kadang-kadang tu jalan berbukit-bukau (ke bukit bakau?) ..jalan tetap jalan ..asalkan jimat wang.

kalau dulu boleh main golf ..sekarang tengok saja la ..


Kereta ni, walaupun tak pakai minyak, tapi bateri nya lagi mahal


Kereta ni pulak memang la tak pakai minyak atau bateri, tapi siapa yang nak tolak? Nak upah ..mahu pakai duit jugak.


Nak tak nak kena jalan jugak...

walaupun perjalanan agak jauh ..


asalkan tak payah keluarkan duit untuk bayar minyak (petrol la ..minyak masak kena beli jugak untuk masak ayam yang saya beli sekali sebulan di Dundee ..30 minit perjalanan ngan bas dari St Andrews).


* Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):

Shell hanya lah satu-satunya stesen minyak yang ada di St Andrews. Masa hangat isu Islam dengan Belanda hari tu, orang kat sini tak boikot pun Shell. Nak boikot macam mana ..dah satu ni je yang ada. Tapi nak ke diorang boikot kalau ada stesen lain?? Orang Malaysia pun tak boikot.



2 comments:

Anonymous said...

minyak minyak minyak...
duit habis beli minyak..
dulu ble gak .."dik tolong isi rm20 yer.."..tp leni tokleh dok wei...rm2o naik satu bar jer!!!tensen mu tau dok..aku kalo boleh nak nak jalan kaki or naik basikal jer...tp tk terdaya nti aku masuk spital plak..

rauhunt said...

huda,

aku cadangkan mu cari lah 3 org staf umt ..naik kreta mu ..collect la duit minyak tu tiap2 minggu ..jimat sket ..hehe