05 June 2008

Semalam Yang Hangat

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Semalam...err saya bukan nak bercerita pasal kenaikan harga minyak. Serahkan kepada yang pakar je la pasal tu.

Semalam. Pertama kali saya join Gatty Game. Semalam main bola keranjang. Hah ..akhirnya saya berjaya juga main sukan ni setelah agak lama (lebih kurang 8 tahun) tak main. Nampaknya skill saya masih belum berkarat. Ah ah ah ah (gelak riak dan takbur sikit-sikit) ..saya berjaya memperdayakan dengan mudah mat2 dan minah saleh yang main bersama ...ah ah ah ah (sekali gelak riak dan takbur ..kali ni lebih sikit). Minggu depan sukan apa pulak ya?

Semalam. Pertama kali (juga) saya berjalan di St Andrews dengan pakai t-shirt lengan pendek. Sebab semalam hari cerah. Heheh ..semua mat2 dan minah2 saleh pandang kekaguman (tahap sederhana) melihat saya dengan selambanya pakai macam tu. Padahal dia tak tahu saya boleh pakai macam tu sebab baru je habis bersukan, panas dan berpeluh.

* Nota kaki bangku
Gatty Games - sukan yang dimainkan oleh warga Gatty Marine Lab ..setiap rabu jam 12 - 1 tgh hari.


10 comments:

Pak Zawi said...

Rauhunt,
Salam perkenalan. Pertama kali menjejak kaki ke sini.
Untuk bermain basketball dengan mat salleh dan minah salleh rauhunt mestilah mempunyai ketinggian dan ketangkasan yang tinggi. Baguslah kalau ada anak Melayu yang mampu menyaingi mereka.
Rauhunt dulu bersekolah dimana masa di Malaysia?
Teringat pula saya pada anak saya Azrin yang boleh bermain pelbagai sukan seperti tennis, rugby, bolasepak dan juga bola keranjang semasa di SMS Machang. Dia akan memilih dan bermain apa juga sukan yang akan dipertandingkan diantara sekolah-sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia.
Teruskan menyaingi mereka terutama dibidang pelajaran dan buktikan bahawa anak Melayu Kelantan boleh menyaingi sesiapa sahaja didunia ini.

Anonymous said...

mark, opsss sori silap eja.. mat!
aku dah pandai bawak bot wakakaka
walaupun aku xder lesen keta aku lebih rela bawak bot. xyah pikir jam, trafik light n kenderaan lain hahahaha

Anonymous said...

mark, opsss sori silap eja.. mat!
aku dah pandai bawak bot wakakaka
walaupun aku xder lesen keta aku lebih rela bawak bot. xyah pikir jam, trafik light n kenderaan lain hahahaha

rauhunt said...

Pak Zawi,

Terima kasih sudi datang sini dan kata2 perangsang tersebut.

Saya pn sekolah di Sains Machang. Tak sangka pulak Azrin tu anak Pak Zawi. Masih ingat dia (lepas tengok blok PakZawi 18 Dec 07), dia F5 masa saya F1. Mmg aktif main sukan dia ni, bola keranjang dan bola sepak yg saya ingat. Dia pun rasanya pengawas jugak. Dan yg paling diingati bila saya dan kawan2 kena denda 'putar ayam' oleh dia dan kawan dia, Pok Old ..sebab kami main hoki dalam dorm ..hahaha.

p/s: Putar Ayam adalah denda yang paling popular di Sains Machang sekitar tahun tu

rauhunt said...

En/Puan/Sdr/Sdri... Mouse:

W/pun ilmu saya agak tinggi utk mengenali orang yang menyembunyikan identiti, tapi kadang2 saya tidak gemar menggunakan ilmu tersebut untuk mengenali seseorang sebab ia memerlukan fokus yang jitu dan tenaga minda yang banyak. Jadi lebih elok sekiranya saudara/saudari, dato'/datin, tuan/puan meletakkan nama. Tak kisah lah kalau nama gelaran pun (contoh: Woh Ttene atau Woh Gomok) kalau malu.

Pasal bot tu ...hah bagus la boleh bawak. Tapi rasanya kalau nak pergi Giant atau Mydin tak boleh bawak bot. Kalau nak jugak kena sambung ngan trailer dan tunda guna pick-up. Kena pikir trafic jam jugak ..wakakakaka.

Anonymous said...

huahuahua aku kelupaan nak letak nama semalam.. apa2 pun semalam ganu menang 5-1 lawan bola ngan perlis hahhahaha...

-NAVY-

Fazira Albaijure said...

salam

rauhunt. jgn lupa balik msia jun thn dpn. MAP dan konvo PSSCM wat kat tganu, hehe..

gudluck stadi~!! ganbatte!

rauhunt said...

Sarah...

Ha ah,..duk pikir jugak boleh ke cuti time tu. Mmg kena plan elok2 ni, kalau tak, tak bleh la merasa pengalaman. Harap2 la boleh.

rauhunt said...

Navy,

Haa reti pun letak nama. Apa2 pun aku tak minat tengok bola SUKMA. Aku tengok EURO 2008. heheh.

Anonymous said...

x kesah la ko suka ke x suka yang pastinya hari ini kerajaan terengganu kasi CUTI HEHEHHEEHE...
AEKCELI AKU TETAP KENA MAI OFIS GAK!

-NAVY-