15 February 2009

Merungkai Misteri Snow Man & Snow Woman

Kenapa saya amat menantikan salji turun?


1) Kali pertama (30 November 08) melihat salji turun di St Andrews, saya tak sempat menikmatinya sebab terpaksa bergegas ke stesen keretapi jam 6.30 pagi. Untuk ke makmal di Lowestoft.


2) Peluang kali ke-2 (2 Januari 09), masa tu saya di Berlin. Salji turun lebat. Tapi sekali lagi saya menarik beg untuk balik ke Scotland. Jam 6.30 pagi juga. Sampai di Scotland, tiada salji langsung.


Semenjak dari hari tersebut, saya memang ternantikan salji turun sekali lagi. Untuk menikmati kebesaran ciptaan Allah ini dengan lebih lama. Tapi 3 hari lepas (12 Februari 2009), akhirnya penantian berakhir. Sama seperti apa yang orang lain rasa, memang teruja dan kagum. Walaupun sehari sahaja salji turun di St Andrews, tapi tetap puas hati. Sebenarnya, pada hari tersebut saya sepatutnya menghadiri seminar "Darwin 200 in St Andrews". Tapi, saya pergi sekejap sahaja. Lupakan Darwin dengan teori mengarutnya. Main salji lagi baik.




Berkenaan misteri di sebalik 'Snow Man' dan 'Snow Woman' ..ramai yang tertanya-tanya .."Apakah perbezaan antara Snow Man dan Snow Woman?" Mereka kelihatan sama kalau tak dipakaikan pakaian (i.e tudung dan topi).


Jawapannya: SnowBalls

10 comments:

KELUARGA ASHRAF said...

ado lagi ko snow tu..?
kami pun dok tunggu snow sebabb di ghent ni jare2 ado snow.

rauhunt said...

Doketor (ko Kak Na ..ikut ah),

Takdok doh ..saghi jah turun. Sini jare2 sgt turun snow. Hok 30 Nov tahun lepah paling tebal dlm 20 thn. Hok ni kedua tebal ..staro ni kiro tebal doh bg st andrews ..habih ore putih sndiri pun jadi mace daghak

missy melittidae bee said...

sedikit keliru ngn teka-teki itu.hihi.

NURUL IZZA said...

bila terbaca tajuk n entry mesti tergelak sorg2..mane xnye..tajuk n entry mesti menkompiuskan.hihi duk gelak sokmo sorg2..tgk dek jiran mesti pk pekenala dgn budak ni gelak sorg2..kehkeh//

issshhh baguhla xdok snow..sbb sini key kalu snow tughun adoiiilaaaa tebalnyo..sshla nk geghok mano2..pahtu dok sejuk mace eh..huhuhu..syukurla deh..tapi sedak lagi deh duk kelate.heheheh

p/s: mohon ampun andai tersilap kata tersalah bicara..

Anonymous said...

Berlagaknye...

rauhunt said...

Farhanini..

Slamat datang. First time komen sini kan?

Pasla teka-teki tu pikir lagi ya

rauhunt said...

Izza,

Jgn pikir susah2 ..nnti lebih konpius. Bagusla kalu buleh gelak2 ..hepi sikit la ..nok buat guano duk negaro ore ni payoh sikit nk mmasuk ngan lawok penduduk tempatan.

Jange royat la ..duk Klate meme la sedak:)

rauhunt said...

Kuzak,

Aku berlagak sambil tawadduk dan insaf ..dan smbil bermuhasabah diri.

Anonymous said...

lol!! dah agak teka teki ko ni

gigih ko buat snowman... 2 plak tu. siap berhias2 :))

rauhunt said...

Jep, gigih la ..usaha kan tangga kejayaan. Kau dh tahu teka teki tu? hahaha