24 August 2008

Bertukarrrr

Ini bukan pasal bertukar menjadi Gaban, Power Rangers, Flashman, mahupun Cicakman. Tapi hati saya sedang berkira-kira untuk bertukar semula kepada Windows XP.

Memang pada asalnya saya menggunakan Windows XP, tapi disebabkan terpengaruh dengan kecantikan grafiknya, saya bertukar kepada Windows Vista. Selain itu rasa 'macam bagus' je bila pakai Vista ni sebab ...ala sebab rasa 'macam bagus' la.

Tapi realitinya tak rasa bagus pun Vista ni sebab tak berapa mesra pengguna. Banyak sangat 'notification' dan juga mesej untuk pengesahan kalau kita nak buat apa-apa. Serabut.

Yang paling sakit hatinya, semalam, semasa saya dalam 'train' National Express nak ke Durham dari Lowestoft. Oleh kerana boleh guna internet dalam 'train' tu, saya pun buka la laptop untuk guna skype dan juga aktiviti-aktiviti rutin internet yang lain. Hampa yang amats bila beberapa kali cuba saya tak berjaya ke internet. Ini kerana masalah dengan pengguna Vista. Lebih menyikasakan mental bila tengok orang sebelah dengan gembira dan poyonya sedang guna IM dan duk tengok video YouTube.

Sekarang ni sedang berkira-kira untuk kembali guna XP. Banyak faktor yang perlu diambil kira seperti terpaksa menanggung kehilangan beberapa 'software', fail dan ntah-apa-benda lagi. Sekarang ni perasaan 'macam bagus' bila pakai Vista perlu diketepikan.

p/s: Selain itu, punya la susah nak cari software yang sesuai untuk Vista. Banyak yang ada untuk XP.

11 comments:

Anonymous said...

Mung gi Durham wak gapo wei..?Cuti-cuti UK ko?

Anonymous said...

rohan,
cuba ko citer skit ttg susah payah buat phd,x penah pon ko citer..

kalo ko citer aku kasi ko datukship..

-anon datuk-

JALAN REBUNG said...

rauhunt ...

hang tukar la balik ke XP..memang Vista nampak cam up to date tapi pening kepala aje ..

RIZAL

Anonymous said...

rauhunt,

mu br tau ke vista tu hampeh???heheh..aku tau lm doh :)cam up 2 date n cantik tp serabut yg teramatss..apepun..XP still the best kot..simple n easy!!

Anonymous said...

patut ko tukar ke typewriter jek..jimat elektrik..hehe

-anon datuk-

rauhunt said...

khairul,

Cuti bank holiday ..aku gi lepak umoh amir

rauhunt said...

anon,

aku slalu duk crita ttg susah hidup sini ..secara tersirat dalam karangan aku ..cari lah (BM SPM kertas 1)

rauhunt said...

Rizal,

Memang rasa nak tukar dah ..tp kena standby dulu cds installer, tak jumpa la pulak kat mana ..susah nak beli kat sini ..yg ada pun yg ori (ooppss)

rauhunt said...

huda,

wah wah wah ..dah advanced skang ya

rauhunt said...

anon,

aku nak beli jugak typewritter tp mahal ..jd aku beli calculator je la ..murah

Anonymous said...

dr rauhunt,

aku ni bz ..mana smpat nak cari2..CEO lah katakan..CEO glc plak..paham2 lah..haha..

apa kata kiranya ko buat satu spesifik entri ttg susah payah ko..then dr masa ke semasa ko jadikan siri i.e susah payah (1),susah payah (2500) dan bila ko dh grad.. ditukar jadi senang-lenang (1) dan kaya-gila (30) dsbnya..

-anon datuk-