05 August 2008

Selamat tinggal Fife Park

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Sebelum cerita pasal Fife Park, saya nak beritahu pasal Glasgow dahulu. Maaf, bukan pasal sejarah Glasgow, bukan juga pasal tempat-tempat menarik di Glasgow mahupun pasal bentuk muka bumi dan topografi Glasgow. Ia sekadar pengalaman saya pertama kali ke Glasgow.

Perjalanan dari St Andrews bus station ke Glasgow Buchanan Station mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dengan harga tiket 10.50 (return). Jalan-jalan ke rumah Hafiz dan isterinya Anzzas. Sebenarnya tak kenal lagi mereka, tapi dengan selamba-land dan muka tak malu saya pergi juga. Mujur la masa tu dah ada Aini, Izaty dan Ahlam di rumah mereka.

Hafiz dan Anzzas menjemput saya di stesen bas dengan kereta BM2000 (silap, ini kasut sekolah tahun 90-an) BMW 3 series (yang membuatkan saya menelan air liur melihatnya). Hafiz kata dia beli kereta ni setelah lebih kurang 2 -3 tahun kerja sambilan (3 jam sehari). Ceritanya mambuatkan saya bersemangat untuk berkerja sambilan. Mungkin tahun depan.



Saya tidur semalaman di rumah mereka. Seronok sebab mereka ni peramah dan mesra alam & manusia.. Tak rasa kekok berada di rumah mereka. Tapi saya tak la buat macam rumah sendiri. Kalau buat macam rumah sendiri mesti la saya main PS3, tapi saya tak.

Antara program semasa berada di Glasgow, kami ke (jangan gelak ya) Car Boot Sale. Saya teruja sebab banyak pilihan di car boot ni (tak macam di Tayport). Terdapat pelagai jenis jeans dan t-shirt dan macam-macam ada. Tapi, saya tak jumpa jeans yang saya nak, sebab susah nak cari jeans dengan pinggang 30 inch dan kaki 32. Yang kaki panjng 30 tu banyak. Takpe lain kali kalau datang mungkin boleh jumpa.

Lepas tu ikut Hafiz dan Anzass berkelah ke pantai Troon, bersama dengan 2 lagi keluarga Melayu di Glasgow. Cuaca hari tu memang baik. Panas terik. Air lautnya pun tak sejuk. Rasa macam kat Malaysia pulak.


Habis bekelah, saya pun balik semula ke St Andrews. Penat yang amats, jadi saya tidur je sepanjang perjalanan tu.

Bahagian 2 (Selamat tinggal Fife Park)

Memandangkan saya ke Lowestoft (untuk kerja makmal) selama 40 hari (ni bukan keluar tabligh ni) dan akan kembali ke St Andrews pada 7 September; saya mengambil keputusan untuk mengosongkan terus bilik di Fife Park. Tak ada guna juga kalau masih guna bilik tu sebab 8 September pula saya kena pindah ke Albany Park. Tak payah la saya bertanggungjawab kalau ada apa-apa yang terjadi kat Fife Park tu. Malam sebelum pindah tu saya tidur jam 4 pagi sebab berkemas dan juga men'dobi' pakaian. Ingatkan sikit barang, tapi banyak juga. Kebanyakannya hasil daripada 'lawatan sambil belajar' ke Car Boot Sale. Nasib baik Fredrik sudi menumpangkan barang-barang saya dalam Trooper nya. Semua barang saya letak kat dalam makmal dan rumah Hafiz di Albany. Balik dari Lowestoft ni saya akan tinggal serumah dengan Hafiz (ni bukan Hafiz di Glasgow).

Selamat tinggal Fife Park ...yahoooo (tak rasa sentimental pun nak tinggalkan rumah lama..)



Tadaaaa ..dah kosong




No comments: