08 August 2008

Kecik je dunia ni ya..

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

2 Ogos:

Saya menghadiri perjumpaan staf UMT dengan Timb Naib Canselor (Prof Aziz Deraman). Prof Aziz datang ke UK sebab ada seminar. Kebetulan dia ada di sini dia panggil la staf-staf UMT untuk berjumpa (bertanya khabar, mendengar masalah, berkongsi pengalaman etc etc). Perjumpaan diadakan di University of Leeds. Perjalanan dari Lowestoft selama lebih kurang 5 jam dengan train (campur berhenti tukar train).

Saya bermalam semalaman di rumah Zarif (pelajar degree mechanical). Tidur je rumah ni, kebanyakan masa dihabiskan di rumah Syahrin (phd bidang politik). Mewah duk kat rumah Syahrin ni, asyik makan je. Pandai kak Madihah masak. Memang bertuah la saya masa tu sebab kat Lowestoft ni tak ada ayam atau daging halal, kena jadi vegetarian atau makan ikan/udang selama 40 hari di sini. Terima kasih Syahrin dan famili atas layanan yang sangat baik.


Tak sabar dah nak gi makan..


Halangan sebelum makan ..bergambar la pulak

Akhirnya sampai juga di Grill House..(gambar makanan tak ditunjukkan atas sebab2 tertentu)

Esoknya ..jalan2 sekitar bandaraya Leeds


Ngan anak ke-2 Syahrin ..Syakir. Banyak mulut budak ni. Cakap tak berhenti, apa je topik dia layannn

Bila balik ke Lowestoft, baru saya tahu yang Syahrin ni abang kepada rakan sekelas dan se-dorm saya semasa di Sains Machang dulu. 'Kecik' kan dunia ni.. Dulu masa hadir kursus BTN Phd dan Master Luar Negara di Ulu Kenas, saya jumpa dengan Mursyid, suami rakan sekolah iaitu Umi Kalthum. Kebetulan Umi pula satu pejabat dengan adik saya Reza di Mardi Serdang. Banyak je kebetulan.

Sekarang ni pun dengan adanya internet rasa macam dekat je UK dengan Malaysia. Tiap2 minggu boleh cakap dengan famili dan kawan2 di Malaysia. Kadang2 tu boleh guna video Skype. Jadi tak la rasa jauh sangat dari Malaysia. Tap bila tiba bab makan baru la rasa betapa bukan-di-Malaysia-nya saya.

Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Gambar2 yang cantik tu saya 'pow' dari flickr Syahrin. Gambar biasa2 tu dari kamera biasa2 saya.

4 comments:

Anonymous said...

rauhunt..

mu ade skype ke???

rauhunt said...

skype ke YM ke apa shj username aku adalah

"rauhunt"

mesti mu rindu nok tengok muka aku kut webcam kan

Anonymous said...

wei...
syahril tue g wat phd doh ko?dulu die bg speech kat aku time induksi..sgt la "best" ceramah die...pasal sejarah malaysia la kan..ZZzzzzz

rauhunt said...

ya ..dia mai UK november tahun lepas lagi.