18 August 2008

Chong Wei Penyelamat Malaysia

Lepas sahaja Lee Chong Wei kalah dalam perlawanan akhir menentang Lin Dan, saya hantar mesej (melalui Skype) kepada Poji.

Saya: Chong Wei kaloh la wei.
Poji: Molek jugok, aku suko dio kaloh, kalu mene habih duit krajae.

Haha. Betul juga kan. Kalau la Chong Wei menang semalam, sudah tentu duit kerajaan Malaysia akan berkurangan sebanyak RM1 juta. Tapi dia kalah, maka selamat lah duit tersebut.

Patut lah Chong Wei main semalam nampak macam tak bersemangat. Kalah pun straight set (21-12, 21-8). Rupa-rupanya Chong Wei prihatin dengan krisis ekonomi Malaysia, jadi dia mungkin sengaja mengalah kepada Lin Dan bagi menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat.

Tahniah dan terima kasih Chong Wei kerana berjaya menyelamatkan duit kerajaan sebanyak RM 1 juta!


Entri luar topik:

Kepada Akmal dan guest (bukan guestbook),

Belajar di UK ni, sedikit sebanyak tu ada la susah sikit. Pasal bab makan tu kena la belajar makan cara orang kat sini, sebab makanan mereka ringkas dan senang nak disediakan. Tapi kalau nak makan nasi tak la susah sebab banyak kedai yang jual beras. Ayam dan daging halal pun boleh dapat kat sini. Ada yang jauh ada ada yang dekat.

Pasal sambung belajar ni saya dapat biasiswa penuh dan elaun bulanan daripada KPT dan UMT. Semua staf akademik (Pensyarah, Tutor, Felo Penyelidik, Felo Akademik) layak dapat biasiswa ni untuk sambung belajar (sebenarnya 'dipaksa' sehingga dapat PhD).

Memang saya minta jadi staf akademik di UMT. Asalnya mohon jadi Tutor tapi dapat Felo Akademik.

Email: rauhunt@gmail.com


6 comments:

RinG said...

waah, bakal pensyarah la ni?!! hebbat! mmg patut chong wei kalah sbb dia nk bagi duit tu untuk org g blaja oversea la kot.. huhu...

rauhunt said...

btul tu ..terima kasih banyak2 chong wei. tp org yg blajar kat oversea ni pun ramai yg tak nak sbenarnya, tp kena 'paksa'

Anonymous said...

Rauhunt..

krajae berani taruhkan duit rm1 juta..sbb diorg tau takkan rmi atlit m'sia akan dpt pingat!!!hahahah..ye la..susah wei..kerdil je msia nie..thats y diorg berani nk bg rm1juta!!mujur la tu dpt perak medal..ade gak..atleast rm300K jer la..mulut diorg nak bg semangat jer tue..tanam tebu kat BIBIR kan??just zmn "ANAK2 SIDEK" je dl yg ade pingat tu pun..bronze jer..

RinG said...

waah, sapo pakso ney? Chong wei? haha

rauhunt said...

huda,

pesimistic nya mu ni.

btw, Malaysia dah dpt silver medal la ..cheah soon kit - yap kim hock kalah kpd rexy mainaky - ricky subagja

rauhunt said...

ring,

kpt dan universiti la yg pakso ..sbenarnya ramai jugok staf yg nok sambung local uni ..tp kena sambung oversea secara 'paksarela'. tapi sejah krisis ekonomi ni bil biasiswa utk oversea kurang doh skit.