05 August 2008

Keluar 40 hari

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Tidak. Saya bukan keluar untuk tabligh selama 40 hari. Saya meninggalkan St Andrews untuk tempoh tersebut bagi menjalankan kerja pemprosesan sampel di makmal Cefas, Lowestoft. Cefas ni singkatan bagi Centre for Environment, Fisheries and Aquaculture Science, UK.

Sebenarnya kerja makmal lebih kurang 30 hari sahaja. Selebihnya saya bercuti ke Berlin, Germany bermula 16 Ogos ni.

Saya sewa rumah. Kebetulan dengan mamat yang kerja kat Cefas juga. Dalam satu kumpulan lagi Bosan juga sebab kat rumah dah tengok muka dia, kat makmal pun tengok lagi. Lebih kurang 3 minggu juga proses mencari rumah sewa (house sharing). Mujur la jumpa. Jarak dari rumah ke makmal lebih kurang 4 batu.

Nasib baik saya bawa basikal ke sini. Berbaloi setelah bersusah payah membawa beg galas, big luggage dan basikal menaiki train (3 kali berhenti).

Suasana tempat kerja ternyata berbeza. Iyalah, kalau di St Andrews persekitaran universiti dan dikelilingi dengan pelajar. Kat sini pula hampir semuanya pekerja profesional. Saya beruntung sebab Keith (penyelia) memberi tunjuk ajar sebanyak mungkin kepada saya selama 3 hari pertama sebelum dia bercuti. Tak la kekok sangat untuk menjalankan kerja.

Dari segi kehidupan di Lowestof rasanya hampir sama dengan St Andrews. Kedua-dua tempat ni tak ada bekalan daging halal. Kalau di St Andrews terpaksa pergi ke Dundee untuk beli daging / ayam halal; sini pula kena ke Great Yarmouth (13 batu) untuk membelinya. Bezanya bandar Lowestoft lebih besar. dan lebih sibuk. Bandarnya betul-betul tepi pantai.

Lowestoft sinonim dengan aktiviti perkapalan dan perikanan.


Juga terkenal dengan pantai1 (tiada sebarang niat terselindung semasa gambar ni diambil)

Tak sangka pula ada kedai Proton kat sini


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

1. Pantai Corton (1.5 batu dari pusat bandar Lowestoft merupakan pantai bogel di sini. Awass!!




9 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fazira Albaijure said...

wah, nak pegi berlin, adik saya dah balik ke lubeck utk siapkan final thesis, sebelum ni praktikal di berlin, huhu. (pantai dekat dgn lubeck juga merupakan pantai bogel! hehehe)

slmt berCEFAS dan slmt berBERLIN~!

RinG said...

waah, setiap kali kelih blog ore g oversea, sungguh shahdu and sedih rasonyo sbb xleh join.. blaja sungguh, rama lg deki ni! haha

rauhunt said...

sarah,

tak sempat jumpa la adik awak kalau gitu ..saya ke Berlin umah pakcik di bangunan embassy ..kalau tak mesti jumpa.

tu lah ..banyak pulak pantai bogel

rauhunt said...

Ring,

Deki ko?? Ore duk sini hok deki ngan ore d Malaysia bilo pikir bab make

JALAN REBUNG said...

SALAM BRO,

keluar 40 hari ..heheheh ingatkan aktiviti tabligh tadi. ada satu member kat glasgow (attched dengan UM) buat master in actuarial science nama dia Saiful Anuar ..yg tu memang budak tabligh ...

RIZAL

Anonymous said...

ehehe...sedap napok mandi manda kat pantai tuh deh.

rauhunt said...

Rizal,

Tak de dengar lagi pasal budak tu. Mungkin jumpa lepas ni sebab rasanya akan selalu jugak ke glasgow

rauhunt said...

arejae,

he he tok gi lagi pantai tu