12 August 2008

St Andrews vs Lowestoft

Esok genaplah 2 minggu saya berada di Lowestoft.

Baru nak masuk 2 minggu rupanya. Rasa macam dah lama. Rasa rindu pulak kat St Andrews dan orang-orangnya. Rasa rindu untuk:

  • Sembang-sembang sambil minum kopi dengan ahli kumpulan SERG dan warga Gatty Lab masa minum kopi pagi dan petang..terutamanya Irv yang selalu buat lawak (walaupun kadang2 saya tak faham sebab pekat sangat pelat Scottish dia).
  • Main unihoc (i.e floorball without rules)
  • Join Gatty games (esp Basketball dan Volleyball)
  • Jalan-jalan (dan berbasikal) sekitar pekan dan golf courses di St Andrews. Walaupun kecil tempatnya, tapi nyaman dan tenang.
  • Jumpa dan sembang2 dan makan2 dengan warga Malaysia (4 orang sahaja) di St Andrews.
  • Pasang lagu kuat2 guna speaker Creative1 yang baru je saya beli di Tayport carboot sale. 5 hari je sempat guna speaker tu, dah kena datang Lowestoft. Takpe, memandangkan saya balik ke St Andrews pada bulan Ramadhan ni ..speaker tu akan digunakan untuk mengalunkan lagu2 Raya ..hehe biar syahdu.

Dah rasa bosan kat sini. Saya dah mula terbayangkan nak bawa balik sampel2 lain ke St Andrews. Pasal species identification boleh minta tolong Beccy dan Emma ajar, takde masalah. Kalau tak bawa balik ke St Andrews maknanya saya kena datang 4 kali lagi ke Lowestoft sehingga May tahun depan untk kerja lab, dengan tempoh 1 bulan setiap kali datang. Waktu kerja tu okayla ..fokus untuk kerja. Tapi bila balik ke rumah rasa bosan la pulak. Walaupun ada TV dan PS2 ..tapi ntahla ..tak rasa teruja pun ngan benda2 tu.

Rasanya sebab tak dapat buat aktiviti fizikal (ie bersukan) kat sini. Takde unihoc, basketball, volleyball mahupun badminton. Jogging pun bersukan? Ya saya tahu tapi tak suka berjogging sebab rutinnya sama. Bosan dan penat.

Sabar je la ..25 hari je lagi.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

1. Speaker tu saya beli
£5 shj. Masih baru. Kalu beli baru harganya £40.

3 comments:

JALAN REBUNG said...

salam,

nak elakkan kebosanan layan epl la ..walaupun fanatik barcelona ...season dah nak start ni ...

rauhunt said...

rizal,

saya sokong barca utk laliga ..kalau epl mestila manutd ..hehe

JALAN REBUNG said...

rauhunt ...

alamak org MU ke ...baru je nak ajak sokong the blues ...